MY NAME

MY NAME

Thursday, June 6, 2013

MUSLIMIN HOMESTAY

Homestay untuk didiami kepada keluarga Muslimin yang memerlukan penempatan sementara dan privacy serta selesa untuk didiami sehingga 10 orang.

Lokasi 
Teluk Batik Lumut Perak

Jenis Kediaman
Rumah semi D disediakn dua bilik utama, dapur, ruang tamu yang selesa 

Kemudahan disediakan
Hampir semua kemudahan yang biasa ada di rumah ada di sini...eg: TV+Astro,Water heater, dapur memasak, peti ais, mesin basuh, Air Cond di ruang tamu, dll.

Harga
RM 180 1 hari 1 malam check in time 1400H dan check out time 1200H.

Tempat Menarik
Naik Kereta (Masjid - 3 minit perjalanan, Pangkalan TLDM Lumut - 5 minit perjalanan, Pantai Teluk Batik- 4 minit perjalanan, Marina Island - 3 minit perjalanan, Pangkor Island - 15 minit perjalanan termasuk naik feri, Jusco Aeon -10 minit perjalanan, LUMUT - 10 minit perjalanan,Pulau Pinang 2 jam 30 minit, Kuala Lumpur 3 jam, dll.

Hubungi 
Azhar Bin Ros Azmi - 019-2170458









                    Ruang Tamu View A




                   Ruang Tamu View B





                Master Bedroom View A





               Master Bedroom View B





               Master Bedroom View C




                        Second Bedroom




                 Dining Hall + Kitchen





               MUSLIMIN HOMESTAY
                    "insha Allah selesa"

Tuesday, April 12, 2011

Bekerja Kerana ALLAH!

Niat Pemangkin Semangat

Tidak berjaya menjadi seperti apa yang kita impikan sememangnya amat mengecewakan. Namun, mestilah diingat bahawa di mana jua kita diletakkan, di situlah rezeki kita dan tempat kita berusaha. Justeru, walau pekerjaan itu bukanlah bertepatan dengan minat kita sendiri, kita seharusnya mempunyai azam untuk bekerja dengan ikhlas, jujur dan memegang amanah tersebut dengan niat kerana Allah. Bukan sekadar bekerja kerana gaji atau lebih tepat lagi seperti yang selalu disebut, "nak hidup punya pasal..".

Setiap apa yang kita lakukan semuanya bermula dengan niat. Niat itulah yang menjadi titik mula bagaimana kita akan memikul tugas yang digalas. Niat bekerja kerana Allah akan memandu setiap perbuatan kita dalam menghasilkan mutu kerja yang cemerlang dan berkualiti. Seperti mana kita menyebut berulang kali Surah al-An'am ayat 162 di dalam solat,

"Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku untuk Allah, Tuhan sekalian Alam".

Kalimah yang kita ucapkan pada Allah dengan bersungguh-sungguh itu perlulah kita ingati ketika menjalankan pekerjaan duniawi. Kerja harus dianggap sebagai ibadah yang dimulakan dengan niat yang baik berserta istiqamah. Sabda Rasul SAW,

"Bahawa Allah mencintai seseorang yang apabila ia mengerjakan sesuatu kerja, ia laksanakan dengan cemerlang." (Hadis riwayat Abu Ya'la)

Dari kita merungut kemalasan dan mengenang nasib di pagi hari saat bangun tidur, adalah lebih baik jika kita berniat untuk bangun bekerja kerana Allah. Sudah pasti badan terasa lebih kuat, minda terasa lapang dan hati terisi dengan semangat yang positif. Simptom seperti makan 'gaji buta' dan 'curi tulang' pasti dapat dielakkan. Ada yang berkata, masalah di tempat kerja yang membuatkan semangat untuk menjalankan tugas terasa lemah dan minat yang sememangnya ada seakan hilang.

Rujukan: I Luv Islam.com

Friday, October 15, 2010

Jualan Buku Menarik!!

TINDAKAN ANDA APA YANG ANDA DAPAT

1. DAFTAR sebagai AHLI

STORMREADERS NETWORK.
MODAL = RM90.00
# Kad Keahlian = RM30 setahun termasuk manafaat;
a. Insuran Takaful = RM30,000
b. Khairat Kematian = RM3,000
BUAT JUALAN
(Anda layak mendapat UNLIMITED INCOME drpd jualan e-store anda.
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah PROMOSI LINK E-STORE anda

# Sistem e-Net dan e-Store Peribadi = RM30 setahun.

E-Net >>
Daftar Ahli Baru, Penyata Akaun, Bonus, Network

E-Store >>
Kedai Buku Maya (Online Book Store);
Anda tidak perlu buat belian simpanan stok;
Komisen anda - 20% dari hasil jualan

# Kit Permulaan Perniagaan = RM30

BONUS e-STORE
BONUS 1:
Income Harian: 20% drpd jualan e-store anda.

BONUS 2:
Income Bulanan: Perkongsian 5% GOSV.
Semakin banyak jualan anda, semakin banyak syer yang bakal anda perolehi.

BONUS 3:
Income Bulanan: Overriding 10% drpd pendapatan
e-Store Direct Sponsor Anda.
(**Syarat: Anda telah menjadi RAKAN PENGEDAR STORM dan jualan e-store anda melebihi RM500 untuk bulan tersebut).
Nota:
Ahli tidak layak untuk mendaftar NEW MEMBER.
Dia wajib meng-upgrade KEAHLIANNYA menjadi STORM DISTRIBUTOR

2. RAKAN PENGEDAR
Upgrade sebagai STORM DISTRIBUTOR
MODAL: 100CP = RM300++

Buat belian produk (BUKU atau VCD) sebanyak 100CP = RM300++
Nota:
Anda layak secara automatik mendaftar NEW MEMBER dan seterusnya membina ISLAMIC NETWORK anda sendiri. Seterusnya berpeluang menjana pendapatan RM4,500 seminggu

BONUS DISTIBUTOR (NETWORK INCOME)
BONUS 3:
Overriding 10% drpd jualan e-Store Direct Sponsor anda
(**Syarat: Jualan e-Store anda melebihi RM500 untuk bulan tersebut).
BONUS 4:
Direct Sponsor Bonus RM15
BONUS 5:
Group Sales Bonus.
Capai 100CP:100CP:100CP = RM45.
Maksima seminggu 10,000CP:10,000CP:10,000CP = 4500BV (RM4,500)
100CP : 100CP : 100CP
* Gabungan mata (100CP:100CP:100CP) di atas akan membawa nilai bonus 45bv (harian)
Gabungan mata (100CP:100CP) di atas akan membawa nilai bonus 10bv (mingguan)
Rajah Bonus Jualan Rangkaian

3. KEPIMPINAN (DIRECTOR) Setelah anda BERJAYA mencapai 4500BV, maka anda telah layak menjadi STORM BRONZE DIRECTOR.
KELAYAKAN DAN KEPIMPINAN
STORM DIRECTOR

BONUS KEPIMPINAN
BONUS 6:
Income Mingguan: Kongsi 3% GNRSV
BONUS 7:
Income Bulanan: Kongsi5% Group Loyalty Bonus
BONUS 8:
Income Bulanan: Kongsi 3% GNMSV
BONUS 9:
UMRAH FUND: Kongsi 2% GNMSV

Rujuk: islamicmlm.net








Cuba lihat yang ini pula, daftar sebagai customer untuk membuat tempahan..setiap pembelian RM 50 keatas anda hanya perlu membayar 50% sahaja kos penghantaran, dan untuk setiap pembelian RM 100 keatas anda tidak perlu membayar kos penghantaran.(BIAR BETUL!!!)So, grab this opportunity, tidak perlu pergi ke kedai. Buku-buku yang ditempah Insyallah akan sampai dalam 2-3 hari menggunakan city link. Kalau x percaya leh tanyer stormreaders. Sebarang pertanyaan boleh email kepada saya azhar_rosazmi@yahoo.com

Contoh-contoh buku yang menarik boleh tekan link di bawah.
http://www.stormreaders.net/AzharRosAzmi

untuk mengetahui lebih lanjut tekan ni pulak
http://www.stormreaders.com

Berminat untuk jadi ahli atau pengedar? email disini
azhar_rosazmi@yahoo.com atau 0192170458

Bersama-sama membangunkan ummah dengan ilmu..

Saturday, October 9, 2010

KELEBIHAN BERDAMPING DENGAN AL-QURAN


KELEBIHAN BERDAMPING DENGAN AL-QURAN

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Rujukan: http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150281061550543&id=100000076433823

Friday, October 8, 2010




NAFSU AMARAH, NAFSU LAWWAMAH DAN NAFSU MUTHMAINNAH



Secara garis besarnya Al-Qur'anul Karim telah membahagi keadaan manusia menjadi tiga tingkatan iaitu tingkatan alami,akhlaki dan rohani. Bagi ketiga-tiga tingkatan ini, ia berpunca dari sumber yang berbeza.

Tingkatan yang pertama dari manusia itu adalah TABI'I (alami) yang bersumber dari jiwa yang disebut NAFSU AMMARAH sebagaimana yang dijelaskan Al-Qur'an : "Innan nafsala ammaratun bissuu i", Sesungguhnya nafsu ammarah itu menyuruh kepada kejahatan (12;53).

NAFSU ammarah selalu mengajak akal fikiran manusia untuk berangan-angan. Biasanya dengan iming-iming yang menggiurkan: makan, minum, tidur, dan jima’ secara berlebihan. Ammarah salah satu nafsu yang meliputi jiwa manusia. Nafsu itu mewarnai segala perbuatannya yang serba berlebihan (tusrifu). Jika nafsu ammarah telah menguasai akal-pikiran manusia, maka tabiatnya akan condong pada kehidupan yang serba mewah. Manusia lebih cenderung untuk mengikut dorongan alaminnya seperti haiwan-haiwan yang berkaki empat yang lain.

Tingkatan yang kedua dari manusia adalah akhlaki yang bersumber dari NAFSU LAWWAMAH sebagaimana diisyaratkan Al-Qur'an sbb: "Walaa uqsimu bin nafsil lawwamah". Aku bersumpah dengan nafsu (jiwa) yang amat menyesali(dirinya sendiri)(75;2) Disebutnya "nafsu lawwamah", karena ditingkatan ini keadaan jiwa manusia senantiasa mencela setiap kejahatan dan tidak menyenangi tingkah laku yang sewenang-wenang dalam memenuhi keinginan-keinginan alaminya laksanna hewan-hewan berkaki empat. Nafsu lawwamah menghendaki manusia untuk menghayati keadaan-keadaan yang baik serta budi pekerti yang luhur dalam usaha memenuhi kebutuhan hidupnya. Janganlah hendaknya manusia itu melakukan pelanggaran-pelanggaran dan segala perasaan-perasaan serta hasrat-hasrat alaminya diberi penyaluran yang sesuai dengan pertimbangan akal. Jadi,karena jiwa itu menyesali tindakannya yang buruk maka ia dinamakan "nafsu lawwamah",yaitu nafsu yang sangat menyesali. Tetapi pada keadaan ini, manusia masih lagi tidak dapat mengawal diri sepenuhnya dan sering tergelincir.


Lebih lanjut keadaan ketiga yang disebut keadaan "rohani", dimana Al-Qur'an menyebut sumber keadaan ini dengan "NAFSU MUTHMAINNAH" sebagaimana difirmankan-Nya dalam ayat berikut:"Yaa ayya tuhannafsul muthmainnah. Irr ji'ii ilaa Rabbiki radhiyatan mardhiyah. Fad khulii fi'ibaadi. Wad khuli annatii". Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah kedalam jama'ah hamba-hamba-Ku. Dan masuklah kedalam syurga-Ku. (89:27-30) > Inilah tingkatan terakhir dari perkembangan jiwa manusia,dimana manusia itu bebas dari segala kelemahan. Dalam keadaan ini jiwa manusia itu dipenuhi oleh kekuatan-kekuatan rohani seakan-akan tercangkok dengan wujud Allah Ta'ala sehingga jiwa manusia itu merasakan tidak bisa hidup tanpa Dia. Laksana air yang mengalir dari atas kebawah yang karena banyaknya dan tiada sesuatupun yang menghambatnya, maka air itu terjun dengan derasnya, begitu juga jiwa manusia tak henti-hentinya mengalir terus dan menjurus kepada Tuhan. Itulah yang diisyaratkan Allah Ta'ala dalam firmannya: "Hai jiwa yang tenang (yang mendapat ketenangan dari Tuhan). Kembalilah kepada Rabbmu(Tuhanmu) dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya.


Rujukan: "THE PHILOSOPHY OF THE TEACHINGS OF ISLAM" ,
Penerbit THE LONDON MOSQUE,tahun 1979.

Thursday, April 22, 2010

Introduction fm rambo

Assalamualaikum and a very good day to all who reading this blog... :)

Firstly i would like to say thanks to you ladies and gentleman who are nice to spend your time to view this simple blog...Hope you all enjoy it!!! tq :b